HUKUM ISLAM

 

Hukum Islam 

  • Iman Al-Hakim 

“Telah meminumnya (air zamzam) al-Hakim Abu Abdillah agar dikurniakan oleh Allah SWT penulisan yang baik dan juga perkara-perkara yang lain. Maka dengan itu, beliau telah menjadi antara ulama’ yang telah menghasilkan penulisan atau karya-karya yang baik pada zamannya.”

  • Iman Al-Iraqi

“Beliau telah meminumnya untuk sesuatu maka Allah SWT memakbulkan apa yang dihajatinya.”

  • Iman Al-Hafiz Ibn Hajar

 “Aku telah meminumnya pada satu kali dan aku memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan sebagaimana imam al-Zahabi dalam menghafaz hadith-hadith Nabi SAW ketika permulaanku dalam mempelajari atau mencari hadith. Kemudian aku menunaikan haji lebih kurang 20 tahun selepas daripada itu, aku merasakan di dalam diriku bahawa kelebihan yang Allah kurniakan kepadaku melebihi apa yang ada pada imam al-Zahabi. Dengan itu, aku memohon kepada Allah SWT agar memberiku martabat atau kedudukan yang lebih tinggi daripada martabat sebelum ini dan aku mengharapkan Allah SWT memakbulkan permintaanku ini.” 

  • Iman Ibn Qayyim Al-Jauziyyah

Katanya: “Sesungguhnya aku dan selain daripadaku telah mengalami (ada pengalaman) perkara yang ajaib ketika berubat dengan menggunakan air zamzam. Aku telah sembuh daripada beberapa penyakit yang menimpaku dengan izin Allah. Selain itu, aku juga telah menyaksikan seseorang yang telah menjadikan air zamzam sebagai makanannya selama beberapa hari, sekitar setengah bulan atau lebih dan dia tidak berasa lapar. Dalam masa yang sama, dia melaksanakan tawaf sebagaimana manusia yang lain. Dia telah memberitahuku bahawa kadang-kadang dia seperti itu selama empat puluh hari dan dia juga mempunyai kekuatan untuk bersama isterinya (berjimak), berpuasa dan melaksanakan tawaf berkali-kali”.

 Hukum jual beli air zam-zam

Hukum berjualbeli air zam zam adalah harus. Tiada nas-nas atau dalil-dalil yang khusus mengharamkannya. Penghantaran dari Mekah,Saudi Arabia, pembotolan semula, pengangkutan dan kos-kos yang lain adalah antara kos-kos yang perlu dibayar untuk memudahkan umat Islam di Malaysia menikmati air zam zam tanpa perlu pergi ke mekah, Saudi Arabia.

 

antara yang telah memfatwakan keharusan berjualbeli air zam zam adalah Mufti Negara Brunei Darussalam.  

 

 

Fatwa Jabatan Mufti Negara Brunei 1994:


Adalah harus memindahkan Air Zamzam dari Makkah atau tanah haram kepada tanah halal atau keluar dari Makkah. Air Zamzam ini banyak mempunyai kelebihan sebgaimana yang diterangkan dalam hadis-hadis, kerana itu orang-orang Islam mengambil manfaat daripada kelebihan Air Zamzam itu.

Setakat ini kita belum jumpa keterangan khusus mngenai hukum jual beli Air Zamzam itu. Bagaimanapun berdasarkan kaedah :

اَلأَصْلُ فِى الأَشْيَاءِ الِإبَاحَةُ , حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيمِ

Ertinya : “ Asal suatu perkara itu adalah harus, sehingga ada dalil syara’ yang mengharamkannya.”

Maka berdasarkan kaedah ini, harus Air Zamzam itu diperdagangkan atau dijual dan dibeli.

Comments

Popular posts from this blog

PENDAHULUAN