KAJIAN SAINS
Kajian Sains
ini juga telah
diakui oleh saintis dari Jepun iaitu Dr. Masaru Emoto. Beliau mengatakan bahawa
air boleh membentuk molekul. Molekul air ini yang akan merembes ke dalam tubuh
manusia, serta ia boleh memberikan kesan kepada tubuh badan manusia. Pada tahun
2003, beliau turut membuat kajian terhadap air zamzam dan terdapat dalam
bukunya ‘The True Power of Water’ tentang hasil yang menakjubkan tentang air
zamzam, menurutnya daripada sejumlah molekul air yang dikaji, hanya molekul air
zamzam yang bentuknya teratur, mempunyai keindahan dan keunikan yang sungguh
berbeza.Molekul air zamzam berbentuk kristal indah teratur dan berkilauan
seperti berlian. Keunikan ini mencerminkan keistimewaan yang dimiliki oleh air
zamzam dari segi rasa, struktur molekul dan khasiat yang tidak terdapat pada air-air
yang pernah dikajinya.
Kekuatan air zamzam
terdiri daripada empat unsur bahan yang berkhasiat di dalamnya. Empat bahan
galian yang berunsur kimia yang dimaksudkan ialah Kalium, kalsium, magnesium,
natrium. Kalium dan magnesium merupakan bahan galian yang amat penting dan
diperlukan oleh tubuh manusia untuk mengembalikan kesegaran dan memulihkan
tenaga yang terjejas akibat keletihan dan gangguan penyakit. Oleh kerana
kandungan kedua-kedua galian ini dalam air zamzam jauh lebih tinggi daripada
air-air biasa yang lain, maka bolehlah dirumuskan bahawa air zamzam merupakan
satu rahmat Allah SWT dan mempunyai berbagai-bagai manfaat untuk manusia.
Comments
Post a Comment