Posts

RUJUKAN

  RUJUKAN http://sarungsarungcinta.blogspot.com/2013/04/kelebihan-air-zam-zam.html  https://www.detik.com/edu/detikpedia/d-6171777/doa-minum-air-zam-zam-agar-hajat-dikabulkan-allah-swt https://www.mywilayah.com/2019/12/sejarah-kewujudan-air-zam-zam.html https://maktabahalbakri.com/37-kelebihan-air-zamzam-dan-hadith-tentangnya/

KESIMPULAN

  Kesimpulan Berdasarkan keterangan yang ringkas berkaitan air Zamzam di atas, jelaslah kepada kita berkenaan keistimewaan dan keutamaan air yang diberkati oleh Allah SWT ini sepertimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW. Justeru, sewajarnya kita sebagai umat Islam meyakini hal ini, dan mengamalkannya sepertimana diamalkan oleh para sahabat dan ulama’ terdahulu. Akhir kalam, semoga Allah SWT mengurniakan atau merezekikan kita untuk meminum air yang berkat ini dan semoga Allah SWT memakbulkan setiap yang kita doa atau hajati. Amin. Wallahu a’lam.

KISAH PERTEMUAN AIR ZAM ZAM

Image
   Kisah pertemuan air zam-zam Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini mucul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi Ibrahim AS. Pada waktu itu, Hajar mencari air bagi menghilangkan dahaganya antara bukit Safa dan Marwah. Hal ini merupakan perintah Allah SWT kepada Nabi Ibrahim AS agar baginda meninggalkan zuriatnya ini di wadi (lembah) makkah. Firman Allah SWT:   رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ   Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya denga

KAJIAN SAINS

  Kajian Sains ini juga telah diakui oleh saintis dari Jepun iaitu Dr. Masaru Emoto. Beliau mengatakan bahawa air boleh membentuk molekul. Molekul air ini yang akan merembes ke dalam tubuh manusia, serta ia boleh memberikan kesan kepada tubuh badan manusia. Pada tahun 2003, beliau turut membuat kajian terhadap air zamzam dan terdapat dalam bukunya ‘The True Power of Water’ tentang hasil yang menakjubkan tentang air zamzam, menurutnya daripada sejumlah molekul air yang dikaji, hanya molekul air zamzam yang bentuknya teratur, mempunyai keindahan dan keunikan yang sungguh berbeza.Molekul air zamzam berbentuk kristal indah teratur dan berkilauan seperti berlian. Keunikan ini mencerminkan keistimewaan yang dimiliki oleh air zamzam dari segi rasa, struktur molekul dan khasiat yang tidak terdapat pada air-air yang pernah dikajinya. Kekuatan air zamzam terdiri daripada empat unsur bahan yang berkhasiat di dalamnya. Empat bahan galian yang berunsur kimia yang dimaksudkan ialah Kalium, kalsium

KHASIAT YANG TERKANDUNG DALAM AIR ZAM ZAM

  Khasiat yang terkandung dalam Air Zam-zam  Tidak sama seperti air mineral pada umumnya, air Zam zam ini memanglah istimewa sehingga memiliki kandungan elemen-elemen alamiah sebesar 2000 mg perliter. Padahal umumnya pada air mineral alamiah (hard carbonated water) tidak bakal melebihi dari 260 mg per liter. Elemen-elemen kimiawi yang terkandung di air Zamzam bisa digolongkan menjadi berikut ini:Pertama, positive ions misalnya sodium (250 mg per litre), calcium (200 mg per litre), potassium (20 mg per litre), serta magnesium (50 mg per litre).Kedua, negative ions umpamanya sulphur (372 mg per litre), bicarbonates (366 mg per litre), nitrat (273 mg per litre), phosphat (0. 25 mg per litre) and ammonia (6 mg per litre).Kandungan-kandungan elemen-elemen kimiawi tersebut yang menjadikan rasa dari air Zam zam sangat khas serta diakui bisa memberi manfaat spesial. Demikianlah penjelasan mengenai, manfaat air zam zam beserta khasiat dan keistimewaannya yang dapat kita pelajari bersama.Semoga

HUKUM ISLAM

  Hukum Islam  Iman Al-Hakim   “Telah meminumnya (air zamzam) al-Hakim Abu Abdillah agar dikurniakan oleh Allah SWT penulisan yang baik dan juga perkara-perkara yang lain. Maka dengan itu, beliau telah menjadi antara ulama’ yang telah menghasilkan penulisan atau karya-karya yang baik pada zamannya.” Iman Al-Iraqi “Beliau telah meminumnya untuk sesuatu maka Allah SWT memakbulkan apa yang dihajatinya.” Iman Al-Hafiz Ibn Hajar  “Aku telah meminumnya pada satu kali dan aku memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan sebagaimana imam al-Zahabi dalam menghafaz hadith-hadith Nabi SAW ketika permulaanku dalam mempelajari atau mencari hadith. Kemudian aku menunaikan haji lebih kurang 20 tahun selepas daripada itu, aku merasakan di dalam diriku bahawa kelebihan yang Allah kurniakan kepadaku melebihi apa yang ada pada imam al-Zahabi. Dengan itu, aku memohon kepada Allah SWT agar memberiku martabat atau kedudukan yang lebih tinggi daripada martabat sebelum ini dan aku mengharapkan

AYAT AL-QURAN & HADIS

Image
  AYAT AL-QURAN & HADIS